BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Friday, November 13, 2009

MENGAPA guru (pelatih/novis/ berpengalaman) perlu melakukan kajian tindakan dan kenapa pilih tajuk mini kajian seperti yang dinyatakan

Guru pelatih, guru novis dan guru berpengalaman:


* Dapat mengetahui sejauhmana pendekatan yang diambil sebelum kajian dijalankan adalah berkesan bagi para pelajar.
* Dapat mengetahui teknik atau kaedah yang terbaik bagi diaplikasikan semasa proses P&P di dalam kelas.
* Dapat merancang huraian mata pelajaran dengan lebih berkesan
* Meningkatkan penggunaan bahan dan membentuk jalinan kerja yang lebih aktif dan efektif
* Supaya dapat menguasai konsep dan ketrampilan dalam maatpelajaran pengkhususan.
* Dapat memahami skop, struktur dan keseimbangan kurikulum keseluruhannya.
* Guru novis boleh menentukan sasaran yang jelas tentang pembelajaran murid.
* Guru novis boleh mewujud dan mengekalkan suasana kerja yang berfaedah dan bermatlamat.
* Guru novis boleh menentukan sasaran yang jelas tentang pembelajaran murid.
* Memperbaiki mutu pengajaran guru.
* Galakkan guru memikirkan dengan mendalam atau merefleksi tentang pengajaran mereka.
* Melibatkan pengumpulan data dan pentaksiran data untuk memahami dengan mendalam aspek-aspek tertentu dalam pengajaran.
* Bertumpu kepada penyelidik/guru melihat diri sendiri dan mencari jalan memperbaiki pengajaran mereka
* Melibatkan kolaboratif dengan guru-guru lain.
* Mencari kaedah terbaik untuk meningkatkan minat dan kefahaman pelajar dalam proses P&P
* Meningkatkan personal dan profesion perguruan.
* Supaya proses P&P sentiasa diperbaharui dimana jika digunakan teknik atau kaedah yang sama bagi tempoh yang lama dalam P&P boleh menghilangkan minat pelajar.
* Guru sentiasa mengkaji kelemahan-kelemaahan dalan proses P&P dan memperbaikinya.
* Membentuk budaya penyelidikan sebagai asas dalam membuat sebarang perancangan untuk tindakan.
* Dapat menyediakan pensyarah sebagai penyelidik yang kritikal, kaya dengan idea baru, sanggup menerima perubahan dan berupaya membuat penilaian terhadap kurikulum dan kokurikulum.
* Guru memperoleh kemahiran yang mantap dan memiliki kesedaran untuk melaksanakan P&P yang diamalkan.
* Meningkatkan kemahiran guru dalam pencarian maklumat bagi tujuan melengkapkan kajian.
* Dapat memberitahu 1 amalan dengan mengembangkan idea baru.

Pemilihan tajuk :
‘Penggunaan Kit Pembelajaran Dan Slaid Powerpoint Dalam Subjek Sains Dan Perdagangan’

Dilihat dari sudut kepentingan penggunaan kedua-dua kaedah tersebut iaitu:

Secara umumnya, penggunaan kit pembelajaran dan slaid power point mampu membudayakan ict di kalangan pelajar dan juga guru di mana selaras dengan perkembangan teknologi di negara kita. Selain dari itu, kepentingan kit pembelajaran dan slaid power point ialah:

Kepentingan slaid power point:

Guru dapat meringkaskan nota dengan padat dalam slaid

  • Ini bermakna, hanya nota-nota yang penting dan padat dimasukkan dalam slaid dan kemudian akan diterangkan oleh guru. Ini juga akan menjimatkan masa guru mengajar di mana isi kandungan pengajaran telah disediakan dalam slaid awal-awal lagi berbanding hanya menulis nota di white board yang memakan masa.
  • Penggunaan slaid yang menarik mampu menarik minat dan tumpuan pelajar kepada proses P&P contohnya penggunaan teknik CASPER dalam slaid power point.

C-Contrast
Iaitu contast yang jelas antara warna, imej dan font

A-Alignment
Susunan yang sejajar antara teks dan imej

S-Simplicity
Permudahkan persembahan

P-Proximity
Jarak antara teks dan juga grafik yang bersesuaian

E-Emphasis
Adakan 1 item yang utama untuk diberi penumpuan

R-Repetition
Gunakan ulangan warna, huruf dan imej di mana yang diperlukan

Kepentingan Kit Pembelajaran:

  • Pelajar yang belajar dan berinteraksi dengan objek dan perkara-perkara dalam pembelajaran akan memahami apa yang dipelajari. Pelajar-pelajar akan membina sendiri konsep dan penyelesaian terhadap masalah yang diberi.
  • Menyediakan satu asas yang kuat untuk sesuatu konsep.
  • Menjadi daya penarik yang penting untuk pelajar.
  • Menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal.
  • Memberi pengalaman sebenar yang boleh meransangkan aktiviti sendiri di kalangan pelajar.
  • Membantu pemahaman dan perkembangan perbendaharaan kata.
  • Menyediakan pengalaman-pengalaman yang tidak diperolehi melalui bahan-bahan lain dan menjadikan pembelajaran lebih mendalam dan beragam.

0 comments: