BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, November 21, 2009

MINI KAJIAN TINDAKAN : Matlamat dan Objektif

PENGGUNAAN KIT PEMBELAJARAN DAN SLAID POWERPOINT DALAM SUBJEK SAINS DAN PERDAGANGAN

Matlamat kajian tindakan yang hendak dilakukan oleh kami adalah untuk menarik minat dan penglibatan pelajar dalam subjek Sains dan Perdagangan.

Objektif Kajian

  • Meneroka bagaimana penggunaan kit pembelajaran dan slaid power point dapat menarik minat pelajar.
  • Menilai sejauhmana penggunaan kit pembelajaran dan slaid power point dapat meningkatkan penglibatan pelajar.

Soalan Kajian

  • Bagaimana penggunaan kit pembelajaran dan slaid power point dapat menarik minat pelajar?
  • Adakah penggunaan kit pembelajaran dan slaid power point dapat meningkatkan penglibatan pelajar?

MINI KAJIAN TINDAKAN: CADANGAN MENGATASI KELEMAHAN PENGAJARAN SUBJEK

CADANGAN MENGATASI KELEMAHAN PENGAJARAN SUBJEK

Secara individu

Subjek Perdagangan

Noraini

1. Guru perlu memastikan pelajar dapat menguasai sesuatu topik terlebih dahulu sebelum beralih kepada topik yang lain supaya pelajar tidak ketinggalan terlalu jauh apabila semakin banyak topik diajar.

2. Guru perlu memperbanyakkan aktiviti berkumpulan supaya pelajar lebih banyak terlibat dalam proses P&P.

3. Setiap latihan yang diberi perlulah disemak oleh guru ataupun guru membuat perbincangan dengan pelajar dimana pelajar akan bertukar-tukar kertas soalan latihan dan guru memberikan jawapan jadi pelajar dapat mengenalpasti kesilapan mereka dan boleh memperbetulkannya.

Liyana

1. Guru harus mencampurkan penggunaan buku teks dengan buku-buku lain atau dengan keratan akhbar, rencana dan majalah agar pelajar didedahkan dengan isu semasa.

2. Guru harus memperbanyakkan aktiviti luar kelas agar pelajar lebih memahami topik serta dapat melihat perkaitan aktiviti tersebut dengan topik yang diajar.

3. Aktiviti secara berkumpulan perlu diadakan bagi mewujudkan kerjasama antara mereka.

Subjek Sains

Norliah

1. Guru perlu kreatif dalam proses pengajaran untuk menarik minat dan penglibatan murid. Contonhnya dengan mempelbagaikan ABM.

2. Teori jangan terlalu panjang dan guru perlu melebihkan kepada praktikal supaya pelajar lebih nampak.

3. Guru perlu memberi soalan susulan untuk menilai sejauhmanakah kefahaman pelajar.

4. Guru perlu meminta pelajar untuk membuat kesimpulan dariapada eksperimen yang telah dijalankan agar pelajar lebih memahami tujuan serta dapatan atau keputusan daripada eksperimen tersebut.

Kumpulan

1. Guru perlu mempelbagaikan ABM dan juga kaedah atau pendekatan yang hendak digunakan serta menjadi lebih kreatif dalam proses P&P. Sebagai contohnya, penggunaan keratan akhbar, majalah dan rencana.

2. Guru perlu membuat aktiviti secara berkumpulan agar pelajar lebih melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang dilakukan.

3. Teori yang panjang harus diringkaskan tetapi ia mestilah tepat dan padat.

Pengalaman dari pasukan lain

Subjek Perdagangan:

1. Guru perlu mempelbagaikan aktiviti BBM supaya pelajar dapat melibatkan diri dalam P&P.

2. Guru perlu mencari sumber maklumat selain daripada buku teks dan buku rujukan.

Literature Review

Subjek Perdagangan:

1. Guru haruslah mempelbagaikan kaedah dalam proses P&P untuk meningkatkan pencapaian matapelajaran ini (Saim Selamat, 2007).

Subjek Sains:

1. Guru haruslah menggunakan makmal untuk proses P&P bagi menggantikan bilik darjah.

2. Guru haruslah menggunakan pendekatan koperatif dalam pengajaran Sains supaya pelajar boleh saling membantu dan berbincang.

3. Guru perlu sentiasa membuat amali kepada pelajar kerana amali sains sangat penting dalam pembelajaran Sains.

4. Guru perlu mempelbagaikan BBM.



Rujukan Literature Review:

1. Mengkaji Minat Dan Sikap Serta Cara-Cara Meningkatkan Minat Murid-Murid Terhadap Pembelajaran Sains Di Sekolah Kebangsaan Bandaran No 3 Sibu. Oleh Stanley Laja Anak Jimbau (2009).

2. Prestasi Matapelajaran Perdagangan SPM Dan Pencapaiannya Di Johor. Oleh Mohd Saim Bin Selamat (2007).

3. Kesediaan Guru-Guru Perdagangan Di Wilayah Persekutuan Dari Aspek Pengetahuan Kaedah Pengajaran Dan Sikap Terhadap Pengajaran Subjek Pengajian Keusahawanan. Oleh Nor Aishah Buang & Yap Poh Moi (2002).