BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, November 7, 2009

JURNAL

P

PROMOTING STUDENT’S MOTIVATION IN LEARNING PHYSICAL SCIENCE-AN ACTION RESEARCH APPROACH

Oleh: Tuan, Hsiao-Lin; Chin, Chi-Chin; Tsai, Chih-Chung

(JURNAL 1)

beri contoh kajian tindakan yang telah dilakukan oleh penulis/penyelidik

  • kajian tindakan mengenai cara guru sains meningkatkan motivasi pelajar dalam pembelajaran sains

APA MASALAH yang dijadikan kajian

Isi pembelajaran subjek sains fizik Gred 8 makin susah dan abstrak menyebabkan motivasi pelajar dalam subjek tersebut menurun. Oleh yang demikian, kajian ini dilakukan untuk:

  • Mengetahui bagaimana guru sains meningkatkan motivasi pelajar dalam pembelajaran sains fizik
  • Mengenalpasti cara yang berkesan untuk membantu pelajar meningkatkan motivasi dalam pembelajaran sains fizik


Apakah sampel kajian dan di mana setting kajian?

  • Melibatkan 4 orang guru iaitu TA, TB, TC dan TD.
  • TA merupakan guru di Bandar, TB dan TC guru di pinggir Bandar manakala TD merupakan guru di luar Bandar. Setiap guru memilih 1 kelas dengan pencapaian sederhana
  • Kajian TA melibat 34 pelajar dalam kelas CA, TB 31 orang pelajar dalam kelas CB, TC 20 orang pelajar dalam kelas CC manakala TD pula melibatkan 26 orang pelajar dalam kelas CD.
  • Melibatkan 1 tempoh kajian yang lama iaitu 2 semester

BAGAIMANA pengkaji melakukan kajian tindakan (prosedur)?

Refleksi awal dilakukan iaitu kajian yang dilakukan sebelumnya oleh pengkaji.

Guru kemudian membuat perancangan dan penambahbaikan dalam kajian ini di mana kajian dilakukan pada tempoh yang lebih lama iaitu 2 semester.

Guru kemudian melaksanakan perancangan/strategi dan data dikumpul.

Data yang dikumpul kemudian dianalisis dan dibuat refleksi.

Guru-guru (TA, TB, TC dan TD) akan membuat perjumpaan dan perbincangan setiap 2 minggu. Mereka akan membuat kajian dan pembacaan tentang motivasi, pengajaran konstuktivisme dan berkongsi tentang keadaan motivasi pelajar masing-masing, pembelajaran murid dan strategi pengajaran masing-masing. Guru-guru akan membuat sesi brainstorming tentang lesson bersama dan membuat refleksi.

Kaedah yang digunakan guru:

TA

Awal kajian

  • Tumpuan pengajaran kepada pengurusan kelas, pelajar mengingat konsep dan menguasaipengetahuan dan konsep sains selain guru memberikan kuliah
  • Pelajar diberikan kuiz dan guru memarahi pelajar yang salah menjawab walaupun telah diajar
  • Mementingkan pengredan pelajar

2nd semester

  • Guru menggalakkan pelajar membuat perbincangan kumpulan, aktiviti amali, mengaitkan sains dengan pengalaman dan kehidupan pelajar dan memberi ganjaran kepada pelajar yang memberikan persembahan yang bagus
  • Pelajar dan guru tertekan dengan kuiz dan susun atur pelajar dalam kelas bergantung kepada keputusan akademik. Pelajar lagi suka kaedah tradisional (kaedah kuliah) walaupun membosankan berbanding belajar dalam keadaan tertekan.

TB

  • Menekankan pembelajaran secara kooperatif
  • Pengajaran juga disusuli dengan kaedah penyoalan , meningkatkan tindakbalas pelajar dalam kelas, perbincangan kelas dan penerangan kepada isi pengajaran
  • Pengajaran stabil
  • Pembelajaran juga dilakukan melalui perbentangan pelajar dan sesi soal jawab, pelajar diberi kebebasan untuk berbincang dan pelajar yang memberi soalan dan jawapan yang baik akan diberi mata bonus
  • Guru juga menggalakkan pelajar bertanya
  • Guru mengaitkan sains dengan kehidupan pelajar

TC

  • Menggunakan kaedah tradisional pada awalnya iaitu memberi penerangan secara kuliah dan bersistematik
  • Turut menggalakkan perbincangan kumpulan tetapi guru mendominasi perbincangan
  • Pada akhir pengajaran guru masih lagi memberi penerangan dengan lanju
  • Meningkatkan aktiviti makmal tetapi dengan dikendalikan oleh guru sendiri, pelajar lebih banyak memerhati
  • Menghargai pelajar yang memberikan keputusan yang baik
  • Tak mementingkan pengredan dalam kelas

TD

Awal

  • Mengajar secara tradisional
  • Mementingkan pengredan
  • Jarang memberikan peluang kepada pelajar untuk mengendalikan amali

Selepas

  • Mengadaptasikan pembelajaran koperatif
  • Menyediakan persekitaran pembelajaran yang bebas
  • Pelajar diberi peluang kendalikan amali dengan inisiatif sendiri untuk memahami prosedur lab di samping mengikut langkah keselamatan yang betul
  • Menggalakkan pelajar ercaya tentang keupayaan diri dalam pembelajaran sains
  • Menggalakkan pelajar menyertai aktiviti dalam kelas dan menghargai idea yang diberikan pelajar walaupun betul atau salah
  • Tidak mengredkan pelajar



BAGAIMANA pengkaji mengumpul dan menganalisis data kajian?

Pengumpulan data adalah melalui kualitatif

Kualitatif

  • Temubual dengan pelajar
  • Temubual dengan guru
  • Pemerhatian (rakaman video untuk sesi pengjaran setiap kelas)

BAGAIMANA pengkaji memapar dapatan kajian tindakan?

  • Hasil dapatan kajian dipapar dalam bentuk perbincangan yang menjawab permasalahan kajian.

Hasil/Implikasi kajian

  • Guru-guru lebih menggunakan kaedah konstruktivisme contohnya perbincangan kumpulan, kerjasama dalam kelas untuk meningkatkan motivasi pelajar dalam matapelajaran sains selain peluang mengendalikan amali oleh pelajar
  • Motivasi pelajar meningkat dalam pembelajaran sains terutamanya dalam peningkatan kendiri dan keupayaan dan keyakinan dalam pembelajaran sains terutamanya apabila guru menggunakan kaedah konstruktivisme yang memerlukan pelajar terlibat secara langsung dalam P&P.
  • Perbezaan peningkatan motivasi juga berlaku bergantung kepada kaedah yang diambil oleh guru tersebut. Namun begitu, peningkatan motivasi tetap berlaku selagi guru memberikan usaha uang berterusan dalam pengajaran mereka.

TEACHER DEVELOPMENT THROUGH ACTION RESEARCH: A CASE STUDY OF AN ELEMENTARY TEACHER

Oleh: Karen Goodnough

(JURNAL 2)

beri contoh kajian tindakan yang telah dilakukan oleh penulis/penyelidik

  • Kajian tindakan mengenai kesan kajian tindakan ke atas perkembangan personal dan professional guru.

APA MASALAH yang dijadikan kajian

Kajian tindakan untuk melihat kesan kajian tindakan mengenai teori kepelbagaian kecerdasan (MI) dalam pengajaran dan pembelajaran sains yang dilakukan oleh seorang guru sederhana dan tidak berpengalaman dalam subjek sains ke atas perkembangan personal dan profesional guru

Apakah sampel kajian dan di mana setting kajian?

  • Kajian melibatkan 2 orang guru sederhana , 2 orang guru sekolah tinggi dan seorang fasilitator penyelidik universiti (penulis jurnal/pengkaji)
  • kajian ini lebih menumpukan kepada pengalaman Ingrid iaitu salah seorang guru sederhana dan tidak mempunyai pengalaman mengajar sains melakukan kajian tindakan ke atas pelajar 26 orang pelajar gred 5 termasuk 3 orang pelajar masalah pembelajaran dan memerlukan pembantu guru sepenuhnya
  • Kajian dilakukan dalam tempoh 6 bulan

BAGAIMANA pengkaji melakukan kajian tindakan (prosedur)?

  • Perjumpaan dan perbicangan dilakukan antara guru termasuk penulis iaitu sebanyak 12 kali dalam tempoh 6 bulan
  • Pada awalnya perbincangan dilakukan mengenai teori kepelbagaian kecergasan (MI) dan kajian tindakan
  • Kemudian, rancangan dibuat untuk mengaplikasikan teori kepelbagaian kecerdasan di dalam pengajaran dan pembelajaran sains
  • Pelaksanaan dilakukan dengan setiap guru mengajar menggunakan kaedah masing-masing dalam mengaplikasikan teori kepelbagaian kecerdasan di dalam pengajaran dan pembelajaran sains.

Ingrid (pelaksanaan yang dilakukan)

Memperkenalkan teori kecerdasan kepada pelajar melalui perancangan pengajaran sains berdasarkan aktiviti dengan pelbagai tahap kecerdasan. Pelajar akan rotate aktiviti tersebut untuk lebih memahami tentang teori tersebut di samping meningkatkan strength pelajar tersebut. Aktiviti tersebut turut memerlukan pelajar melaksanakannya secara individu atau secara berkumpulan, perbincangan, perbentangan dan juga amali.

  • Data dikumpulkan dan kemudian refleksi dilakukan

BAGAIMANA pengkaji mengumpul dan menganalisis data kajian?

  • temubual dilakukan oleh pengkaji secara semi struktur ke atas setiap guru termasuk Ingrid pada awal kajian dan juga pada akhir kajian
  • temubual secara tak formal juga turut dilakukan kepada guru selepas setiap kali perjumpaan dan juga di sekolah selepas sesi pengajaran berlangsung
  • pemerhatian turut dilakukan di mana penulis membuat pemerhatian ke sekolah guru dan memerhati sesi pengjaran guru
  • kesemua pengkaji termasuk penulis merakamkan idea, pemikiran dan membuat refleksi secara personal di dalam jurnal sebagai progress kajian
  • Hasil temubual dan pemerhatian pengkaji kepada guru kemudian dianalisis.

BAGAIMANA pengkaji memapar dapatan kajian tindakan?

  • Hasil dapatan hanya dinyatakan melalui bentuk penulisan dan dibincangkan.

Implikasi kajian

  • pengkaji mendapati, kajian tindakan yang dilakukan guru terutamanya Ingrid dapat meningkatkan perkembangan peribadi dan pekerjaan guru iaitu lebih yakin dalam mengajar, lebih refleksi terhadap latihan yang dilakukan terbabit berdepan dengan beberapa cabaran seperti kekangan masa, kurang familiar dengan kurikulum sains dan kurang skill mengumpul data.
  • Teori perkembangan kecerdasan juga mampu diaplikasikan di dalam bilik darjah oleh guru semasa sesi pengajaran dan pembelajaran sains.

PREPARING TEACHERS TO CREATE A MAINSTREAM SCIENCE CLASSROOM CONDUCIVE TO THE NEED OF ENGLISH-LANGUAGE LEARNERS: A FEMINIST ACTION RESEARCH PROJECT

Oleh: Gayle Buck, Colette Mast, Nancy Ehlers, Elizabeth Franklin

(JURNAL 3)

beri contoh kajian tindakan yang telah dilakukan oleh penulis/penyelidik

  • kajian tindakan mengenai strategi yang berkesan diambil oleh guru untuk menghasilkan kelas aliran sains yang kondusif untuk keperluan pelajar ELL (bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua)

APA MASALAH yang dijadikan kajian

Terdapat peningkatan peratus dalam populasi pelajar ELL. Oleh yang demikian, 1 kelas aliran sains yang kondusif untuk keperluan pelajar ELL harus dihasilkan. Kajian ini menekankan:

  • Apakah strategi berkesan diambil oleh guru untuk menghasilkan kelas aliran sains yang kondusif untuk keperluan pelajar ELL (English-Language Learner)

Apakah sampel kajian dan di mana setting kajian?

  • Seorang guru sains tahun pertama (middle-level), seorang pengkaji guru sains, seorang pengkaji ELL dan seorang pembantu siswazah.
  • Kajian dilakukan selama 5 bulan dan melibatkan 5 pelajar ELL dan 4 pelajar non ELL (dijadikan perbandingan sebgai pelajar biasa) di sekolah Midwestern yang mengandungi 30688 pelajar dengan populasi terbesar ialah African American iaiau 15.3% manakala populasi ELL adalah 14% termasuklah Viatnamese, Spanish, Arabic, Kurdish, Ukranian, Serbo-Croation, Russian, Bosnian, Korean, Albanian and Farsi.

BAGAIMANA pengkaji melakukan kajian tindakan (prosedur)?

  • Kajian dilakukan secara kolaboratif di mana guru sains tahun pertama dipilih untuk menjalankan sesi pengajaran di dalam kelas
  • Secara keseluruhan, kajian dibahagikan kepada 3 bahagian. Perjumpaan pre-unit, fokus kepada perancangan dan strategi, perjumpaan pos-unit fokus kepada review dan analisis hasil manakala bahagian ketiga pula refleksi dan cadangan penambahbaikan.
  • Perlaksanaan kajian melibatkan pelbagai strategi pengajaran guru sains di dalam kelas, manakala hasil dan kesan ke atas pelajar direkodkan.
  • Refleksi kemudian dilakukan ke atas hasil yang dianalisis setiap kali selepas data dikumpul.

BAGAIMANA pengkaji mengumpul dan menganalisis data kajian?

  • Data dikumpul melalui nota perjumpaan, pemerhatian, temubual pelajar dan juga penelitian dokumen bertulis sama ada diambil di dalam kelas, rancangan pengajian, pengkaji dan juga pelajar.
  • Guru sains dan pelajar tersebut dilakukan pemerhatian sebanyak 37 kali dalam tempoh 5 bulan. Pemerhatian dilakukan terhadap guru dan pelajar-pelajar secara serentak dan pemerhatian bertumpu kepada persekitaran kelas, arahan guru, penglibatan pelajar ELL dan non ELL, soalan dan komen pelajar, soalan dan komen guru dan dapatan pembelajaran.
  • Data dianalisis setiap kali selepas dikumpulkan.

BAGAIMANA pengkaji memapar dapatan kajian tindakan?

  • Hasil dapatan kajian dipapar dalam bentuk perbincangan yang menjawab permasalahan kajian.

Implikasi kajian

  • Pembelajaran secara authentic visual, aktiviti amali dan pembelajaran kooperatif sangat berkesan kepada pelajar ELL manakala pembelajaran melalui pembacaan buku teks, permainan yang kompleks tidak begiti berkesan kepada pelajar ELL.

BANDINGKAN masalah yang dikaji antara jurnal.


Jurnal 1

Jurnal 2

Jurnal 3

perbezaan

Cara guru sains tingkatkan motivasi pelajar dalam pembelajaran sains fizik

Kesan kajian tindakan terhadap perkembangan guru

Kajian tindakan mengenai strategi berkesan yang diambil untuk menghasilkan kelas aliran sains yang kondusif untuk keperluan pelajar ELL

persamaan


BANDINGKAN bagaimana pengkaji melakukan kajian tindakan?


Jurnal 1

Jurnal 2

Jurnal 3

perbezaan

Kajian dimulakan dengan melakukan refleksi terhadap kajian terdahulu

Kajian dimulakan dengan perbincangan dan perancangan

Kajian dimulakan dengan perbincangan dan perancangan

Data kualitatif

Data kualitatif

Data kualitatif

Data dikumpul melalui soal selidik, temubual dan pemerhatian/rakaman video

Data dikumpul melalui temubual dan pemerhatian

Data dikumpul melalui temubual, pemerhatian dan dokumen bertulis

persamaan

Kajian dilakukan secara kolaboratif

Apa yang dipelajari dari dari ketiga-tiga jurnal berkenaan.

  • Gambaran yang lebih jelas mengenai kajian tindakan dan bagaimana kajian tindakan dilakukan
  • Tujuan kajian tindakan dilakukan
  • Cara melaporkan kajian tindakan

0 comments: