BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Friday, November 13, 2009

TAJUK MINI KAJIAN TINDAKAN

Pemilihan tajuk :
‘Penggunaan Kit Pembelajaran Dan Slaid Powerpoint Dalam Subjek Sains Dan Perdagangan’

Dilihat dari sudut kepentingan penggunaan kedua-dua kaedah tersebut iaitu:

Secara umumnya, penggunaan kit pembelajaran dan slaid power point mampu membudayakan ict di kalangan pelajar dan juga guru di mana selaras dengan perkembangan teknologi di negara kita. Selain dari itu, kepentingan kit pembelajaran dan slaid power point ialah:

Kepentingan slaid power point:

Guru dapat meringkaskan nota dengan padat dalam slaid

  • Ini bermakna, hanya nota-nota yang penting dan padat dimasukkan dalam slaid dan kemudian akan diterangkan oleh guru. Ini juga akan menjimatkan masa guru mengajar di mana isi kandungan pengajaran telah disediakan dalam slaid awal-awal lagi berbanding hanya menulis nota di white board yang memakan masa.
  • Penggunaan slaid yang menarik mampu menarik minat dan tumpuan pelajar kepada proses P&P contohnya penggunaan teknik CASPER dalam slaid power point.

C-Contrast
Iaitu contast yang jelas antara warna, imej dan font

A-Alignment
Susunan yang sejajar antara teks dan imej

S-Simplicity
Permudahkan persembahan

P-Proximity
Jarak antara teks dan juga grafik yang bersesuaian

E-Emphasis
Adakan 1 item yang utama untuk diberi penumpuan

R-Repetition
Gunakan ulangan warna, huruf dan imej di mana yang diperlukan

Kepentingan Kit Pembelajaran:

  • Pelajar yang belajar dan berinteraksi dengan objek dan perkara-perkara dalam pembelajaran akan memahami apa yang dipelajari. Pelajar-pelajar akan membina sendiri konsep dan penyelesaian terhadap masalah yang diberi.
  • Menyediakan satu asas yang kuat untuk sesuatu konsep.
  • Menjadi daya penarik yang penting untuk pelajar.
  • Menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal.
  • Memberi pengalaman sebenar yang boleh meransangkan aktiviti sendiri di kalangan pelajar.
  • Membantu pemahaman dan perkembangan perbendaharaan kata.
  • Menyediakan pengalaman-pengalaman yang tidak diperolehi melalui bahan-bahan lain dan menjadikan pembelajaran lebih mendalam dan beragam.


Peserta Kajian
  • Pelajar Tingkatan 4 Coklat seramai 18 orang (Kelas Sains)
  • Pelajar Tingkatan 4 Alfa seramai 22 orang (Kelas Perdagangan)

Setting Kajian
  • Bilik Darjah

0 comments: