BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS
Showing posts with label AKTIVITI 3: TUGASAN 3. Show all posts
Showing posts with label AKTIVITI 3: TUGASAN 3. Show all posts

Sunday, November 1, 2009

Laporan kajian tindakan 2 (kolokium 09)

MENINGKATKAN PENGLIBATAN AKTIF PELAJAR SEMASA PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P & P) MELALUI KAEDAH PERMAINAN DI DALAM KELAS 4 DEDIKASI SMK BANDAR RINCHING.

OLEH :NOR ZIRA BT SHAFIE (P48688), NORBAHARIAH BT BAHARIN (P48665)

1) Penyataan Masalah

Kajian ini adalah bertujuan untuk meningkatkan penglibatan aktif pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran (p & p) melalui kaedah permainan kerana pelajar didapati tidak memberi perhatian seratus peratus di dalam (P&P), malu bertanya kepada guru semasa (P&P), kurang berkeyakinan meluahkan pendapat atau memberi jawapan secara individu apabila disoal di dalam kelas dan lemah dalam aspek kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis (kbkk).

2) Metodologi, Setting Kajian, Sampel Kajian

Menggunakan Model Kemmis dan McTaggart (1988) sebagai panduan iaitu gelung 1: Gelungan Skema kajian Tindakan Berterusan.

Sampel kajian adalah pelajar Tingkatan 4 Sekolah Menegah Kebangsaan Bandar Rinching. Refleksi awal dilakukan iaitu melalui Ujian Setara 2 Tingkatan 4. Kemudian kaeadah permainan dirancang dan dilaksanakan iaitu bola hikmah, dam ular dan dart. Kajian dijalankan secara pemerhatian, temubual, latihan dan ujian.

3) Pengumpulan dan penganalisaan data

Pengumpulan data kemudian dilakukan melalui kaedah pre-test, pemerhatian, temubual, soal selidik dan post-test. rakaman video yang dibuat, dianalisis di mana reaksi pelajar semasa proses P&P berlangsung diteliti. selain itu, rakaman suara temubual kemudian ditranscribekan atau disalin balik. hasil temubual beberapa pelajar ini diteliti dari segi respon dan perasaan pelajar tentang kaedah yang digunakan oleh guru tersebut. perbandingan antara keputusan ujian penilaian 1 pelajar iaitu sebelum kaedah simulasi dibuat dengan ujian penilaian 2 iaitu selepas kaedah simulasi. Melalui pre-test didapati pelajar lemah dalam subjektif. Pemerhatian pula menunjukkan terdapat peningkatan dalam P&P apabila kaedah permainan dilakukan. Soal selidik juga menunjukkan kaedah permainan dalam mengembangkan kemahiran berfikir dan meningkatkan keyakinan pelajar. Temubual juga menunjukkan hasil peningkatan keyakinan pelajar dalam berinteraksi di dalam kelas apabila kaedah permainan dijalankan di samping post test yang dilakukan menunjukkan peningkatan pelajar di dalam menjawab soalan subjektif.

4) Implikasi Kajian

Kajian ini menunjukkan bahawa kaeadah permainan dapat meningkatkan penglibatan aktif pelajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Selain itu juga, kaedah yang berpusatkan pelajar akan lebih membantu meningkatkan keyakinan pelajar selain dapat mengembangkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.

5) Apa Yang Dapat Dipelajari Dari Kajian Tersebut

Melalui kajian ini, kaedah permainan mampu meningkatkan keyakinan dan penglibatan pelajar di dalam kelas selain. Selain itu juga, saya turut diberi pendedahan tentang bagaimana kajian tindakan dilakukan. walaubagaimanapun, saya rasa tajuk patut diubah kepada kaedah permainan di dalam proses P&P pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Rinching.

Thursday, October 29, 2009

Laporan kajian tindakan 1 (kolokium 09)

Meningkatkan Penglibatan Dan Kefahaman Pelajar Dalam Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan Khususnya Bagi Tajuk Pertolongan Cemas Tingkatan 1 Dan Tingkatan 2, Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong Utama 1, Puchong, Selangor.


Oleh: Yusnaini bt. Abd Hamid (P 48654), Siti Nadia bt. Khalid (P 48959)
Penyelia :Pn. Norsakinah Mohamad

1) Penyataan Masalah
Kajian ini adalah berkaitan dengan sejauh manakah kaedah pengajaran berasaskan simulasi dapat meningkatkan tahap pengajaran guru bagi tajuk Pertolongan Cemas Tingkatan 1 dan Tingkatan 2, Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong Utama 1, Puchong, Selangor. Kajian ini memberi penumpuan kepada penambahbaikan kepada kaedah pengajaran guru dalam mata pelajaran pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan iaitu dengan menumpukan kepada tajuk pertolongan cemas tingkatan 1 (DRABC) dan tingkatan 2 (TOTAPS) melalui kaedah simulasi kerana kebiasaan guru-guru hanya menggunakan kaedah penerangan teori semata-mata untuk bahagian kemahiran sukan dan rekreasi dan menyebabkan pelajar kurang memahami prosedur perlaksanaan pertolongan cemas tersebut. Selain itu juga pelajar juga kurang berminat dan kurang terlibat secara aktif dalam pembelajaran topik sebelumnya apabila guru menajar menggunakan kaedah teori semata-mata.

2) Metodologi, Setting Kajian, Sampel Kajian
Menggunakan Model Kemmis dan McTaggart (1988) sebagai panduan kajian iaitu dengan menggunakan 2 kitar.
Dalam kitar pertama, perancangan dibuat iaitu dengan memilih kaedah simulasi bagi tajuk tersebut dan responden ialah melibatkan 40 orang pelajar iaitu 20 orang tingkatan 1 dan 20 orang tingkatan 2. Simulasi dilakukan hanya di dalam kelas dan pelajar membentuk kumpulan sendiri. Pelajar kemudian dikehendaki berbincang mengenai topik tersebut dan membuat perbentangan di dalam kelas.

3) Pengumpulan dan penganalisaan data
Pengumpulan data kemudian dilakukan melalui kaedah pemerhatian, temubual, ujian penilaian dan catatan buku rekod. Hasil kajian kemudian dibuat refleksi dan diteruskan dengan kitar kedua. Melalui refleksi yang dilakukan, terdapat penambahbaikan iaitu simulasi dilakukan di dalam dewan terbuka di mana mempunyai ruang yang lebih luas dan gabungan kelas tingkatan 1 dan tingkatan 2 turut dilakukan. Kitar diteruskan dengan pengumpulan dan penganalisaan data seperti di kitar 1. Dapatan kajian melalui pemerhatian menunjukkan pelajar seronok belajar melalui kaedah simulasi di mana pelajar terlibat secara aktif. Melalui temubual kepada beberapa pelajar terpilih juga menunjukkan pelajar seronok dan setuju kaedah simulasi diteruskan untuk subjek lain juga. Melalui ujian penilaian, ujian penilaian 2 dilakukan selepas sesi pengajaran dilakukan di dewan terbuka menunjukkan hasil yang lebih tinggi berbanding sesi simulasi dilakukan di dalam kelas. Hasil dapatan juga menunjukkan kaedah kolaboratif iaitu gabungkan kelas membolehkan pelajar lebih bekerjasama dan dapat sama-sama berkongsi ilmu pengetahuan. Catatan buku rekod terhadap refleksi kendiri pelajar juga menunjukkan peningkatan terhadap penglibatan pelajar.

4) Implikasi Kajian
Kajian ini menunjukkan kaedah simulasi merupakan cara terbaik dan berkesan digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran khususnya tajuk Pertolongan Cemas amat berkesan terutamanya untuk meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap tajuk tersebut.

5) Apa Yang Dapat Dipelajari Dari Kajian Tersebut
Melalui kajian ini, dapat saya pelajari bahawa sesi pengajaran lebih berkesan apabila dilakukan melalui kaedah simulasi berbanding hanya melalui teori semata-mata. Melalui kaedah simulasi, pelajar lebih mudah memahami isi sesuatu topik pengajaran dan lebih mudah mengingati kerana diajar secara praktikal dan bukan teori semata-mata. Pelajar juga akan lebih mudah memahami sesuatu topik tersebut. Selain itu juga, pelajar lebih berminat dan akan terlibat secara aktif kerana kaedah simulasi merupakan kaedah berpusatkan pelajar berbanding mengajar secara teori yang hanya berpusatkan guru. Selain dari itu, saya juga mendapat pendedahan awal mengenai kajian tindakan selain turut mempelajari dan mendapat gambaran mengenai model Kemmis & McTaggard (1988). Walau bagaimanapun, saya rasa tajuk perlu diubah kepada kaedah simulasi dalam pendidikan jasmani dan kesihatan .