KERANGKA OPERASIONAL
Kerangka operasional adalah penjelasan tentang pembolehubah-pembolehubah yang terdapat dalam konsep-konsep yang dipilih dan hubungan antara pembolehubah-pembolehubah tersebut, serta hal-hal yang dijadikan alat pengukuran untuk mengukur pembolehubah-pembolehubah yang bersangkutan.
KERANGKA KONSEPTUAL
Kerangka Konseptual adalah antara jenis teori yang mencuba untuk menghubungkan kesemua aspek yang ditemui ( definisi masalah, tujuan,sorotan kajian, metodologi,pengumpulan dan penganalisisan data. Kerangka Konseptual berperanan sebagai peta yang berkaitan dengan penemuan secara impirikal (pemerhatian atau ujian ). Ini kerana, kerangka konseptual berpontensi sangat hampir kepada penemuan impirikal mereka menggunakan bentuk-bentuk yang berbeza bergantung kepada persoalan atau masalah kajian.
KERANGKA TEORITIKAL
Kerangka Teoritikal adalah satu koleksi konsep-konsep yang berkaitan. Kerangka teori menjadi panduan dalam menjalankan sesuatu kajian. Ia menjadi penentu kepada perkara-perkara yang ingin diukur dan melihat hubungan-hubungan satistik yang akan dicari.
Dengan kata lain, kerangka teori adalah huraian yang menegaskan tentang teori yang dijadikan landasan dan andaian-andaian teori, yang mana daripada teori tersebut akan menjelaskan fenomena yang dikaji.
Kerangka teoritikal terbahagi kepada dua pembolehubah, iaitu pembolehubah bersandar dan pembolehubah tidak bersandar. Berdasarkan kajian yang ingin dijalankan, pembolehubah tidak bersandar adalah kaedah pengajaran guru contohnya kaedah simulasi, manakala pembolehubah bersandar pula adalah minat pelajar terhadap pengajaran guru. Ini bermaksud pemboleh ubah bersandar iaitu minat bergantung kepada pemboleh ubah tidak bersandar iaitu (kaedah simulasi) kaedah yang digunakan oleh guru.
Thursday, December 17, 2009
kerangka operational, kerangka konseptual dan kerangka teori
Posted by malin at 2:58 AM 0 comments
Labels: AKTIVITI 13: TUGASAN 4
Friday, December 11, 2009
PEMURNIAN
Soalan: Berdasarkan maklum balas, buat penambahbaikan penyataan masalah, tujuan dan objektif kajian.
KIT PEMBELAJARAN DAN SLAID POWERPOINT DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)
Tujuan/ Matlamat:
Bagi menarik minat dan penglibatan para pelajar dalam subjek Perdagangan dan Sains
Objektif Kajian:
1. Meneroka bagaimana penggunaan kit pembelajaran dan slaid powerpoint dapat menarik minat pelajar.
2. Menilai sejauhmana penggunaan kit pembelajaran dan slaid powerpoint dapat meningkatkan penglibatan pelajar.
Penyataan Masalah:
Berdasarkan analisis SWOT yang telah dilakukan, didapati pelajar mudah bosan apabila guru hanya bertumpu kepada kaedah berpusatkan guru (teacher centered learning) bagi subjek Perdagangan dan Sains. Guru juga terlalu bergantung kepada penggunaan buku teks semata-mata menyebabkan pelajar tidak fokus dalam subjek tersebut.
Posted by malin at 7:10 AM 0 comments
Labels: AKTIVITI 12
ULASAN BUKU
Posted by malin at 6:34 AM 0 comments
Labels: AKTIVITI 1:TUGASAN 1 BUKU
Saturday, December 5, 2009
jurnal
Posted by malin at 12:35 PM 0 comments
Labels: AKTIVITI 2: TUGASAN 2
Friday, December 4, 2009
teori-teori, strategi, kaedah yang boleh diguna/diadaptasi bagi setiap masalah
Berdasarkan kursus Psikologi Pendidikan/ Kaedah Mengajar/ Penaksiran Pembelajaran:
Teori-teori/ strategi, kaedah yang boleh diguna atau diadaptasi bagi setiap masalah dalam kajian yang dirangka adalah:
KAEDAH PEMBELAJARAN KOPERATIF (COOPERATIVE LEARNING)
Pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan pelajar dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama (Slavin, 1982). Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain.
Lima unsur asas dalam pembelajaran koperatif adalah:
1. Saling bergantung antara satu sama lain secara positif, saling berinteraksi secara bersemuka, akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri, kemahiran koperatif, dan pemprosesan kumpulan
2. Ganjaran diberi kepada individu dan kumpulan dalam pelaksanaan kaedah ini
3. Individu dalam kumpulan dikehendaki menunjukkan kefahaman masing-masing dan memainkan peranan berbeza bergilir-gilir
4. Kemahiran sosial dan pemprosesan kumpulan digalakkan. Beberapa cara pembelajaran koperatif telah diperkembangkan oleh tokoh-tokoh pendidikan, misalnya Jigsaw, TGT (teams-games-tournaments), STAD (Students Teams- Achievement Division), Belajar Bersama (Learning together), Permainan Panggil Nombor (Numbered Heads), dan Meja Bulat (Round Table)
5. Pembelajaran koperatif menggalakkan murid berinteraksi secara aktif dan positif dalam kumpulan. Ini membolehkan perkongsian idea dan pemeriksaan idea sendiri dalam suasana yang tidak terancam, sesuai dengan falsafah konstruktivisme
KAEDAH PENDEKATAN BERASASKAN MASALAH (PROBLEM BASED LEARNING)
Kaedah pendekatan berasaskan masalah (PBL) adalah satu konsep P&P yang menambahbaik kemahiran multidisiplin berdasarkan pendekatan terancang dalam penyelesaian masalah. Ia adalah Satu kaedah pembelajaran mendidik pelajar untuk menyelesaikan masalah,dan dalam masa yang sama membolehkan mereka menguasai kemahiran asas.
Fungsi PBL:
* Masalah digunakan untuk merangsang perasaan ingin tahu dan minat terhadap tajuk yang diberi
* Dapat mengintegrasi pengetahuan dan kemahiran berdasarkan modul pelbagai disipin
* Untuk mendapatkan pengetahuan secara pembelajaran kendiri
* Untuk mendidik pelajar bekerja dan menyesuaikan diri dalam kerja kumpulan.
* Untuk memperbaiki dan membina kemahiran berkomunikasi pelajar.
* Untuk membina keupayaan menyelesai masalah pelajar.
* Untuk menggalakan motivasi kendiri, rasa ingin tahu dan berfikir
Ciri-ciri PBL:
* Berpusatkan pelajar
* Menyelesaikan masalah sebagaimana berlaku di dunia sebenar
* Guru berperanan sebagai tutor atau fasilitator
* Menekankan konsep kerjasama
* Memberi tumpuan kepada metakognitif
* Menggunakan penilaian alternatif
TEORI KONSTRUKTIVIME
Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, muridakan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru.
Ciri- ciri teori konstruktivisme:
* Menggalakkan soalan atau idea yang dimulakan oleh murid dan menggunakannya sebagai panduan merancang pengajaran
* Menggalakkan muridbertanya dan berdialog dengan murid dan guru
* Mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana murid belajar sesuatu idea
* Mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh murid
* Menganggap pembelajaran sebagai satu proses yang sama penting dengan hasil pembelajaran
* Menyokong pembelajaran secara koperatif
* Menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian dan eksperimen
* Menggalakkan dan menerima daya usaha danautonomi murid
* Memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru dengan memahaminya melalui penglibatan murid dengan situasi dunia yang sebenar
Posted by malin at 7:02 AM 0 comments
Labels: AKTIVITI 13: TUGASAN 4
Apa dan Bagaimana Melapor Pernyataan Masalah berdasarkan Jurnal
PROMOTING STUDENT’S MOTIVATION IN LEARNING PHYSICAL SCIENCE-AN ACTION RESEARCH APPROACH
Oleh: Tuan, Hsiao-Lin, Chin, Chi-Chin, Tsai, Chih-Chung
(JURNAL 1)
APA MASALAH yang dijadikan kajian
Isi pembelajaran subjek sains fizik Gred 8 makin susah dan abstrak menyebabkan motivasi pelajar dalam subjek tersebut menurun. Oleh yang demikian, kajian ini dilakukan untuk:
- Mengetahui bagaimana guru sains meningkatkan motivasi pelajar dalam pembelajaran sains fizik
- Mengenalpasti cara yang berkesan untuk membantu pelajar meningkatkan motivasi dalam pembelajaran sains fizik
- TEACHER DEVELOPMENT THROUGH ACTION RESEARCH: A CASE STUDY OF AN ELEMENTARY TEACHER
- Oleh: Karen Goodnough
- (JURNAL 2)
APA MASALAH yang dijadikan kajian
Kajian tindakan untuk melihat kesan kajian tindakan mengenai teori kepelbagaian kecerdasan (MI) dalam pengajaran dan pembelajaran sains yang dilakukan oleh seorang guru sederhana dan tidak berpengalaman dalam subjek sains ke atas perkembangan personal dan profesional guru
PREPARING TEACHERS TO CREATE A MAINSTREAM SCIENCE CLASSROOM CONDUCIVE TO THE NEED OF ENGLISH-LANGUAGE LEARNERS: A FEMINIST ACTION RESEARCH PROJECT
Oleh: Gayle Buck, Colette Mast, Nancy Ehlers, Elizabeth Franklin
(JURNAL 3)
APA MASALAH yang dijadikan kajian
Terdapat peningkatan peratus dalam populasi pelajar ELL. Oleh yang demikian, 1 kelas aliran sains yang kondusif untuk keperluan pelajar ELL harus dihasilkan. Kajian ini menekankan:
- Apakah strategi berkesan diambil oleh guru untuk menghasilkan kelas aliran sains yang kondusif untuk keperluan pelajar ELL (English-Language Learner)
Posted by malin at 7:00 AM 0 comments
Labels: AKTIVITI 11: TUGASAN 2
Mengenalpasti Masalah Kajian Tindakan berdasarkan buku "A Teacher's Guide to Classroom Research"
Permalasalahan kajian tindakan ini juga boleh dikenalpasti melalui refleksi yang dilakukan oleh guru itu sendiri terhadap pengalamannya di dalam bilik darjah. Apabila terdapat 1 isu yang difokus, guru hendaklah mengemukakan soalan-soalan bagi tujuan penyelesaian masalah tersebut. Walaubagaimanapun, guru juga boleh melakukan hipotesis jika terdapat 1isu yang spesifik yang telah dikenalpasti. Ini bermaksud, kajian tindakan yang dilakukan oleh guru tersebut bukan berdasarkan refleksi pengalaman guru itu sendiri di dalam bilik darjah, sebaliknya mendapat idea baru mengenai sesuatu isu tersebut dan kemudian membuat satu hipotesis, seterusnya melakukan kajian tindakan untuk melihat kebenaran hipotesis tersebut.
Posted by malin at 6:55 AM 0 comments
Labels: AKTIVITI 10: TUGASAN1