BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Friday, December 4, 2009

Mengenalpasti Masalah Kajian Tindakan berdasarkan buku "A Teacher's Guide to Classroom Research"

Untuk melakukan kajian tindakan,tidak semestinya bermula dengan masalah. Dalam mengenalpasti masalah kajian tindakan, apa-apa idea/ isu pun boleh digunakan tetapi ia hendaklah sesuatu yang bertujuan untuk penambahbaikan contohnya berkait dengan perkembangan sekolah, target sekolah, target dan misi untuk perkembangan diri dan juga profesion perguruan selain dari meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk mengenalpasti masalah, idea-idea/isu-isu hendaklah dicatat terlebih dahulu tetapi isu yang dipilih hendaklah bukan sesautu isu yang memang tidak boleh lagi diubah contohnya mengubah isi buku teks dalam tempoh yang singkat atau sebagainya. Isu yang dipilih juga hendaklah spesifik dan dalam skop yang kecil sahaja. Ini bertujuan, untuk memudahkan kita mengenalpasti masalah yang sebenar dan juga menyelesaikannya, di samping senang untuk merancang penggunaan masa yang diperlukan. Selain itu, isu yang dipilih juga hendaklah memberi kepentingan atau faedah kepada guru,pelajar atau sekolah itu sendiri.


Permalasalahan kajian tindakan ini juga boleh dikenalpasti melalui refleksi yang dilakukan oleh guru itu sendiri terhadap pengalamannya di dalam bilik darjah. Apabila terdapat 1 isu yang difokus, guru hendaklah mengemukakan soalan-soalan bagi tujuan penyelesaian masalah tersebut. Walaubagaimanapun, guru juga boleh melakukan hipotesis jika terdapat 1isu yang spesifik yang telah dikenalpasti. Ini bermaksud, kajian tindakan yang dilakukan oleh guru tersebut bukan berdasarkan refleksi pengalaman guru itu sendiri di dalam bilik darjah, sebaliknya mendapat idea baru mengenai sesuatu isu tersebut dan kemudian membuat satu hipotesis, seterusnya melakukan kajian tindakan untuk melihat kebenaran hipotesis tersebut.

0 comments: