BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, December 17, 2009

kerangka operational, kerangka konseptual dan kerangka teori

KERANGKA OPERASIONAL


Kerangka operasional adalah penjelasan tentang pembolehubah-pembolehubah yang terdapat dalam konsep-konsep yang dipilih dan hubungan antara pembolehubah-pembolehubah tersebut, serta hal-hal yang dijadikan alat pengukuran untuk mengukur pembolehubah-pembolehubah yang bersangkutan.

KERANGKA KONSEPTUAL

Kerangka Konseptual adalah antara jenis teori yang mencuba untuk menghubungkan kesemua aspek yang ditemui ( definisi masalah, tujuan,sorotan kajian, metodologi,pengumpulan dan penganalisisan data. Kerangka Konseptual berperanan sebagai peta yang berkaitan dengan penemuan secara impirikal (pemerhatian atau ujian ). Ini kerana, kerangka konseptual berpontensi sangat hampir kepada penemuan impirikal mereka menggunakan bentuk-bentuk yang berbeza bergantung kepada persoalan atau masalah kajian.

KERANGKA TEORITIKAL


Kerangka Teoritikal adalah satu koleksi konsep-konsep yang berkaitan. Kerangka teori menjadi panduan dalam menjalankan sesuatu kajian. Ia menjadi penentu kepada perkara-perkara yang ingin diukur dan melihat hubungan-hubungan satistik yang akan dicari.

Dengan kata lain, kerangka teori adalah huraian yang menegaskan tentang teori yang dijadikan landasan dan andaian-andaian teori, yang mana daripada teori tersebut akan menjelaskan fenomena yang dikaji.

Kerangka teoritikal terbahagi kepada dua pembolehubah, iaitu pembolehubah bersandar dan pembolehubah tidak bersandar. Berdasarkan kajian yang ingin dijalankan, pembolehubah tidak bersandar adalah kaedah pengajaran guru contohnya kaedah simulasi, manakala pembolehubah bersandar pula adalah minat pelajar terhadap pengajaran guru. Ini bermaksud pemboleh ubah bersandar iaitu minat bergantung kepada pemboleh ubah tidak bersandar iaitu (kaedah simulasi) kaedah yang digunakan oleh guru.

0 comments: